Thursday 18 August 2011

Laman WEB AADK

Salam..kepada pengunjung Blog PPDA SK. AMPANG CAMPURAN, maklumat tambahan tentang Dadah boleh melayari laman WEB Agensi Dadah Kebangsaan di web ini
http://www.adk.gov.my/web/guest;jsessionid=F4BB42D3D82A8A50AF5BD8BF1B36353A

Thursday 11 August 2011

CERAMAH PENYALAHGUNAAN DADAH~AADK CAWANGAN AMPANG




Ceramah tentang Penyalahgunaan Dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan merupakan aktiviti/program yang diadakan pada setiap tahun. Ceramah ini dibuat semasa Kempen Antidadah berlangsung. Ceramah Antidadah ini bertujuan untuk memberi informasi dan kesedaran kepada para pelajar tentang permasalahan dadah dan kesan buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.Program ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada guru dan murid tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam usaha bersama membasmi masalah dadah. Sepanjang program berlangsung, pihak AADK telah menyampaikan ceramah untuk menyalurkan maklumat dan pengetahuan mengenai bahaya dadah.

PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH SK AMPANG CAMPURAN





Wednesday 10 August 2011

5 Minit Informasi Bersama SKUAD ANTIDADAH SKAC

Skuad Antidadah SK. Ampang Campuran yang ditubuhkan berperanan menyampaikan informasi-informasi berkaitan dengan Penyalahgunaan dadah. Skuad ini akan masuk ke kelas-kelas selama 5 minit. Skuad akan membawa bahan berkaitan dengan dadah dan memberi penerangan kepada murid. Diakhir penerangan, Skuad mempelawa murid-murid datang keTerminal PPDa dan Bilik PPDa pada waktu rehat.